• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Luluskan Pindaan RUU APMM

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Pindaan) 2017 yang antara lainnya membolehkan penubuhan pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penubuhan sukarelawan maritim itu penting kerana ia mampu bertindak pantas sekiranya berlaku sesuatu musibah.

“Jika sesuatu terjadi di lautan, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mungkin mengambil sedikit masa untuk menggerakkan aset daripada pangkalan.

“Jadi, jika ada sukarelawan misalnya dari kalangan nelayan, mereka akan sampai ke tempat kejadian dahulu,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu.

Terdahulu, semasa membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua, Shahidan berkata ia turut memperuntuk kewujudan lokap tahanan danmemberi kuasa kepada APMM untuk menguruskannya.

Shahidan berkata kewujudan lokap APMM penting berikutan tugas agensi itu yang melibatkan prosedur siasatan terhadap orang kena tangkap (OKT).

“Ketiadaan lokap semasa proses siasatan memaksa tahanan APMM disimpan di lokap agensi lain yang terhad sementara menunggu proses siasatan selesa. Penubuhan lokap APMM diharap dapat mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata APMM melakukan lebih 5,000 tangkapan setiap tahun di seluruh zon perairan negara.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) (Pindaan) 2017 bagi menambah baik Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) yang belum pernah dipinda sejak dikuatkuasakan pada 2003.

Pindaan itu antara lainnya bertujuan mewujudkan peruntukan baharu yang jelas bagi membenarkan MyIPO menubuhkan syarikat sekali gus membolehkan ia memperkasa dan mempelbagai sumber pendapatan. – BERNAMA

Tags: Pindaan RUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Setuju Sokong Pindaan Perlembagaan

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Blok pembangkang hari ini berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana bersetuju mengadakan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi...

Kerajaan Bentang Pindaan Perlembagaan Baharu Esok

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd