• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Kim Chol Disahkan Rakyat Korea Utara

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea telah mengesahkan Kim Chol sebagai rakyat negaranya.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA, Asisten Supritendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata surat pengesahan mengenai perkara itu diterimanya daripada pihak kedutaan itu pada 17 Februari 2017.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata beliau sendiri mengambil surat pengesahan kerakyatan dan pasport Kim Chol dari pejabat Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea.

“Pengesahan status individu si mati atas nama Kim Chol mengesahkan penama mempunyai pasport Republik Rakyat Demokratik Korea, yang tertera nombor pasport 836410070, tarikh lahir 10 Jun 1970,” katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad.

Wan Azirul Nizam memberi keterangan pada perbicaraan kes rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan rakyat Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang pada 9 pagi, 13 Februari lepas.

Wan Azirul Nizam berkata hasil siasatannya terhadap manifes penumpang pesawat di klia2 dan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Kim Chol memasuki negara ini pada 6 Februari 2017, yang direkodkan di pintu klia2.

Saksi itu juga memberitahu bahawa Siti Aisyah direkodkan keluar dari Malaysia pada 21 Januari 2017 di pintu klia2 manakala Doan direkodkan memasuki negara ini pada 4 Februari 2017 di pintu klia Server 3.

Mengenai penangkapan kedua-dua tertuduh, beliau berkata Siti Aisyah ditahan di Hotel Flamingo, Ampang manakala Doan ditahan di klia2.

Beliau berkata dua pegawai polis telah mengambil sebanyak 11 dan 10 barang kes masing-masing daripada Siti Aisyah dan Doan.

“Kesemua barang kes itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pemeriksaan dan analisis siasatan kes,” katanya.

Mengenai empat lagi suspek kes pembunuhan itu yang masih bebas, Wan Azirul Nizam berkata disebabkan kekurangan butiran peribadi empat suspek tersebut, pihak polis masih belum dapat menangkap mereka.

“Saya hanya mendapat nama gelaran suspek-suspek itu dan tidak mendapat sebarang maklumat peribadi mereka termasuk butir pengenalan diri seperti nombor pasport dan nombor telefon.

“Bagaimanapun, pihak polis telah mengeluarkan arahan dan permohonan bantuan Cawangan Khas Bukit Aman dan Interpol (Polis Antarabangsa) untuk membantu mengesan kesemua suspek berkenaan,” katanya.

Beliau juga berkata seorang lelaki bernama Ri Jong-Chol, yang ditangkap berhubung kes itu, telah dibebaskan kerana tiada sebarang bukti untuk membuat pertuduhan ke atasnya.

“Lelaki itu ditahan kerana kereta jenis Naza Ria berwarna kelabu didaftarkan di atas namanya dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dilihat menghantar dua suspek yang masih bebas ke klia2 pada hari kejadian. Sebab itu, saya menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun, Ri Jong-Chol telah diusir keluar dari negara ini kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan dalam kes ini,” katanya.

Semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai lelaki bernama Muhammad Farid Jalaludin, beliau berkata lelaki berkenaan adalah seorang yang telah ditahan bersabit dengan kes itu namun dia diberikan jaminan bon mahkamah.

“Berdasarkan siasatan saya, Muhammad Farid dan Siti Aisyah adalah pasangan kekasih,” katanya.

Ketika disoal Wan Shaharuddin sama ada siasatan beliau berat sebelah, Wan Azirul Nizam menafikannya kerana beliau telah mengambil kira semua aspek siasatan iaitu saksi-saksi pendakwaan, percakapan kedua-dua tertuduh selain melihat dan melakukan perbandingan ke atas rakaman CCTV di tempat kejadian dan rakaman CCTV yang dimohon oleh peguam.

Saksi itu berkata beliau juga telah menghantar barang kes seperti sampel darah, kuku, bulu dan pakaian ke bahagian toksikologi, DNA dan Senjata Kimia di Jabatan Kimia untuk dianalisis pada 16 Februari 2017 tetapi baju tanpa lengan warna kelabu dan skaf yang dipercayai dipakai Siti Aisyah hanya dihantar ke jabatan itu pada 20 September lepas.

Ditanya mengapa baju tanpa lengan dan skaf itu dihantar ke Jabatan Kimia selepas hampir tujuh bulan kemudian, pegawai penyiasat itu mengakui ia merupakan kesilapannya.

“Saya terlepas pandang untuk menghantar barang kes itu kerana pada ketika itu saya terpaksa menguruskan jumlah barang kes yang terlalu banyak untuk kes ini.

“Saya ada menghantar barang kes ini di bahagian Chemical Weapon, tetapi terlepas pandang untuk menghantarnya di bahagian DNA,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Kim Chol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seluar Dalam Kim Chol Dipenuhi Najis Kesan Agen VX

27/11/2017
0

SHAH ALAM - Seorang pakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa seluar dalam Kim Chol atau Kim Jong-nam,...

Kim Chol Berjalan Terhincut-Hincut Lepas Kejadian

11/10/2017
0

SHAH ALAM – Abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dilihat berjalan terhincut-hincut beberapa minit selepas kejadian “serangan”...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd