• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun, Joy Revfa Sah Cerai Talak Satu

oleh
25/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS melalui pelbagai kemelut dan kontroversi, Joy Revfa akhirnya bercerai talak satu dengan Hafiz Hamidun.

Memetik laporan beberapa portal, Hafiz melafazkan cerai terhadap Joy di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling selepas pihak mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan penyanyi itu pada 12 Oktober lalu.

Baca: Joy Sering Ingkar, Hafiz Fail Permohonan Cerai

Lafaz itu dibuat Hafiz atau Muhammad Hafiz Hamidun di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira pukul 4.10 petang tadi.

Dalam pada itu, mahkamah memaklumkan talak satu ‘ba-in sughra’ itu dijatuhkan ekoran pasangan itu tidak pernah mengadakan sebarang hubungan kelamin.

Selain itu, mahkamah juga memutuskan tiada sebarang tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas pasangan ini bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Difahamkan, talak ‘ba-in sughra’ adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan itu tidak boleh ‘Rujuk’ kembali melainkan dengan pernikahan yang baru.

Tiada tempoh iddah bagi perceraiaan ‘ba-in Sughra’ ini kerana pasangan berkenaan tidak pernah bersetubuh.

Hafiz, 33 ditemani pengurus, Nasir Deraman dan penguamnya, Azmi Mohd Rais tiba di mahkamah sekitar pukul 2.30 petang tadi.

Joy atau Siti Arifah Mohd Amin pula diwakili oleh peguam, Aznor Suhaida Dolah.

Hafiz Hamidun Fail Permohonan Cerai Terhadap Isteri

Sementara itu, Hafiz meluahkan rasa bersyukur kerana krisis rumah tangga yang menjadi tatapan umum sejak pertengahan tahun lalu akhirnya selesai.

“Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan,” ujarnya memetik mStar Online.

Menurut joy pula, dia merasa lega dan ingin memulakan kehidupan baru bersama anaknya.

“Saya dan seisi keluarga berasa lega dan saya mahu fokus kepada anak dan perniagaan,” ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu. Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Kontroversi pasangan ini bermula apabila tindakan Joy mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur sedih di laman sosial lantas mengundang pelbagai spekulasi dalam netizen terhadap rumah tangga mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: hafiz hamidunjoy revfa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd