• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesal Tidak Banyak Negara Simpati Umat Islam Rohingya

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Masyarakat antarabangsa wajar menunjukkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi regim Myanmar dengan memberi bantuan kemanusiaan sewajarnya, kata Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata masih banyak negara yang sepatutnya menunjukkan simpati tidak berbuat demikian tetapi cepat menuduh umat Islam sebagai pengganas khususnya media antarabangsa.

Dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi, katanya beliau melihat sendiri penderitaan etnik Rohingya semasa mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini.

Beliau berkata hampir setengah juta umat Islam Rohingya di Myanmar sedang menderita akibat dizalimi tentera dan penganut Buddha Myanmar.

“Saya sempat menemui dua orang kanak-kanak adik beradik berumur tujuh dan lapan tahun di kem tersebut dan mereka menceritakan mereka melihat sendiri ibu bapa mereka dibunuh dengan kejam oleh tentera dan penganut Buddha.

“Kami terpaksa mengikut kumpulan manusia tidak dikenali berjalan kaki mengharungi sungai dan melintasi sawah padi yang luas untuk sampai di kem pelarian Cox’s Bazar, cerita kanak-kanak itu kepada saya,” kata Mohd Asri.

Beliau memuji kerajaan Bangladesh yang walaupun miskin dan ditambah dengan rakyatnya seramai 160 juta, namun masih sanggup menerima pelarian Rohingya.

Setakat ini Malaysia dan Turki yang banyak membantu pelarian Rohingya, katanya dan menambah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) seharusnya bersikap lebih adil dengan membela masyarakat Islam yang ditindas. – BERNAMA

Tags: Isu RohingyaMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd