• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Kereta Hilang Kawalan Sebelum Terbabas

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PITAS – Kereta yang dinaiki empat pelajar wanita yang maut berhampiran Loji Penapis Air Stesen Kanibongan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas 2, semalam dilihat hilang kawalan dalam jarak kira-kira 100 meter sebelum terbabas.

Pengendali Loji Penapis Air Stesen Kanibongan, Zainudin Mohd Amin, 31, yang juga antara saksi terawal melihat kemalangan itu berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, beliau mendengar bunyi tayar seakan-akan mengambil selekoh, sebelum bunyi dentuman kuat.

“Apabila mendengar bunyi itu, saya terus berlari keluar dari loji berkenaan untuk melihat apa yang terjadi dan saya melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) telah terbabas kira-kira 20 meter dari loji tersebut.

“Ketika itu saya terus menghubungi pihak polis dan polis tiba kira-kira 30 minit kemudian. Semasa melihat kenderaan itu saya terdengar suara meminta tolong daripada seorang mangsa yang cedera…ketika itu saya juga lihat beberapa mangsa terbaring berdekatan kenderaan tersebut, namun dalam keadaan panik saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Zainudin berkata semasa kejadian itu hanya ada empat individu yang berada di lokasi berkenaan termasuk seorang lelaki yang juga pemilik sebuah gerai bersebelahan lokasi kemalangan tersebut.

“Pemilik gerai itu berkata sebelum kenderaan itu terbabas, beliau melihat kenderaan tersebut hilang kawalan kira-kira 100 meter sebelum terbabas 10 meter dari gerainya.

“Semasa kejadian itu pemilik gerai berkenaan sempat lari kerana kereta dinaiki mangsa seakan-akan merempuh gerainya,” kata Zainudin.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati jalan raya di kawasan kemalangan itu adalah lurus dan rata, namun terdapat jalan yang beralun kira-kira 100 kilometer dari lokasi kereta itu terbabas.

Sementara itu, Freekonlis Jufirim, 29, abang kepada Elden Elio, 18, iaitu seorang daripada mangsa yang cedera dalam insiden tersebut berkata kesemua mangsa menetap di sebuah asrama swasta yang terletak di Kampung Kanibongan.

“Dia (Elden) tinggal di asrama berkenaan sejak beberpa tahun lepas kerana jarak kampung kami (Kampung Ranggal Pitas) agak jauh dari SMK Pitas 2.

“Asrama yang dikenali sebagai Asrama Agapeh itu dihuni pelajar dari beberapa sekolah berhampiran termasuk SMK Kanibongan dan SMK Pitas 2,” katanya ketika ditemui di Kampung Kanibongan.

Sementara itu, seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Li, 18, yang turut menetap di asrama berkenaan berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan ke SMK Pitas 2.

“Setiap hari memang rutin mereka untuk menaiki kereta berkenaan untuk ke sekolah dan pemilik kenderaan itu juga menetap di sini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Asrama itu terletak kira-kira 4 kilometer dari lokasi kemalangan tersebut.

Empat pelajar wanita yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Sweeta Kongkoyan, 18, Dayang Manisah Exon, 18, Evi Elsie Jukirim, 18, dan Rebecca Stacey Saimon, 16.

Lima lagi pelajar lelaki yang cedera dalam kemalangan itu ialah Mikhievinlee Lotijin, 18, Aewinkafo Lawrence, 18, Fairus Ejoy Marayau, 18, Jaklin Johglin, 18, dan Elden.

Kesemua mangsa termasuk pemandu Toyota Avanza itu adalah pelajar SMK Pitas 2 iaitu lapan daripadanya adalah pelajar tingkatan enam dan seorang pelajar tingkatan empat. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd