• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambahan Dana Mampu Tingkat Budaya Penyelidikan

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kerajaan Persekutuan perlu memperuntukkan dana tambahan untuk penyelidikan bagi membolehkan universiti-universiti awam di negara ini meningkatkan budaya penyelidikan dan inovasi yang berkualiti di kalangan penyelidik-penyelidik tempatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata penyelidikan yang berkualiti memerlukan dana tambahan bagi menghasilkan nilai tambahan kepada keputusan penyelidikan, peningkatan produk dan proses inovasi.

“Dana tambahan penyelidikan dilihat selaras dengan pelan pembangunan pendidikan tinggi negara yang mana ia boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2017 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Jeli di sini, hari ini.

Nik Ali menjelaskan, dalam era teknologi dan digital, bidang penyelidikan amat penting bagi membantu ekonomi negara bersaing dengan pemain industri penyelidikan lain selain meletakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dari aspek penyelidikan, inovasi dan kreativiti.

Pada majlis itu, Nik Ali dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed turut menyaksikan majlis menantangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UMK dan lima syarikat bagi melakukan kerjasama penyelidikan dalam pelbagai bidang keusahawanan.

UMK diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar manakala wakil bagi lima syarikat tersebut menandatangani MoA berkenaan. – BERNAMA.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

13/07/2026
0

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi...

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd