• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: MU & PFP Buat Laporan Polis

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) dan Parti Bersama Malaysia (MU) hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa bimbang kemungkinan terdapat penyalahgunaan kuasa dalam projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini.

Kawasan pembinaan itu terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 8.45 pagi Sabtu lepas menyebabkan 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan; empat Bangladesh; dua Indonesia; tiga Myanmar dan seorang Pakistan maut apabila ditimbus tanah di lereng bukit yang runtuh ketika sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi dan Timbalan Pengerusi MU, Lim Boo Chang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Ooi berkata pihaknya mahu polis menyiasat secara menyeluruh mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang masih meneruskan projek itu walaupun tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Bahkan, pihak penduduk serta wakil rakyat kawasan itu sendiri telah menghantar memorandum bagi membantah pelaksanaan projek itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ooi turut mendakwa kejadian tanah runtuh itu bukan kemalangan tempat kerja tetapi disebabkan kecuaian Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MBPP) menjalankan tugas dengan baik.

Sementara itu, Lim berkata tapak pembinaan terbabit dipercayai pernah diisytihar kerajaan sebagai tanah bukit yang memerlukan keizinan daripada kerajaan negeri sebelum sesuatu pembinaan dijalankan.

“Tapi hairan bagaimana projek itu boleh diluluskan pihak berkuasa negeri termasuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), Jawatankuasa Tanah Negeri (Landcom) serta MBPP.

“Kami harap siasatan yang telus dapat dilakukan bagi membolehkan mereka yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd