• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Harap Fokus Kepada Pengurusan Sisa Pepejal

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka berharap Bajet 2018 yang akan dibentangkan Jumaat ini turut memberi penekanan kepada penambahbaikan berhubung isu pembuangan sisa pepejal di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata sistem pengurusan sisa pepejal yang sistematik dan memerlukan kos yang tinggi itu penting berikutan Melaka yang menghasilkan sampah kira-kira 1,200 tan sehari sudah tidak mempunyai tanah untuk dijadikan tapak pelupusan sampah yang baharu.

“Penambahbaikan ini penting untuk diberi penekanan pada Bajet 2018 kelak memandangkan meskipun ‘sel baharu’ telah dibuka di tapak pelupusan sedia ada, namun ia masih belum menjamin pengurangan kepadatan sampah yang diterima setiap hari.

“Melaka berhadapan dengan kekangan pelupusan sampah. Kita sudah tiada tanah, Melaka negeri kecil… kita harap kerajaan persekutuan sediakan peruntukan untuk pengurusan sistem sisa pepejal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-13 mengenai kelestarian pengeluaran dan penggunaan (APRSCP), di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Penyelidikan dan Pengurusan Alam Sekitar Malaysia (Ensearch) K. N. Gobinathan dan Pengerusi Penganjur APRSCP Datuk Halimah Hassan.

Persidangan tiga hari yang berakhir 26 Okt ini turut dihadiri 200 peserta dari 19 negara termasuk Jepun, Thailand, Australia dan Indonesia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Sementara itu, Idris berkata pihaknya mencadangkan penambahan sekurang-kurangnya 10 peratus jumlah peruntukan bajet 2018 berbanding tahun lepas bagi memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur rakyat yang lain di negeri ini.

“Ini termasuk pembangunan jaringan jalan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Melaka yang mana seperti semua sedia maklum negeri ini akan menjadi negeri yang semakin pesat selepas pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2026.

“Selain itu, kita berharap perhatian turut diberikan kepada penambahbaikan sektor pelancongan, pendidikan, pertanian dan perumahan di negeri ini,” katanya. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronSisa Pepejal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Kumpul Barang Kitar Semula Didenda RM15K

05/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengumpulan barang kitar semula didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...

2 Tapak Pelupusan Sampah Bakal Dibina Di Sabah

14/11/2018
0

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan membina dua tapak pelupusan sampah baharu, masing-masing di Kota Marudu dan Semporna sebagai antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd