• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Tan Metrik Bekalan Harian Dihantar Ke Pulau Redang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Barangan keperluan harian berjumlah kira-kira dua tan metrik bernilai lebih RM11,000 dihantar ke pangkalan hadapan di Pulau Redang hari ini, sebagai bekalan menghadapi musim tengkujuh.

Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata bekalan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu adalah sebahagian daripada bantuan bernilai RM2.5 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri untuk menghadapi bencana banjir tahun ini.

Katanya, penghantaran bekalan yang pertama untuk tahun ini itu, dianggarkan mampu menampung keperluan penduduk pulau seramai 2,100 orang untuk seminggu.

“Sebanyak 13 jenis barangan keperluan yang antaranya adalah beras, makanan dalam tin, susu, gula, biskut, dan minyak masak kami hantar hari ini.

“Alhamdulillah penghantaran hari ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya.

Bazlan berkata demikian kepada pemberita selepas selesai proses penghantaran di Balai Raya Kampung Baru, Pulau Redang, di sini hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai masalah saluran perparitan yang menjadi punca banjir kilat di pulau berkenaan pada musim tengkujuh tahun lalu, beliau berkata pembesaran saliran berkenaan sepanjang 1.5 kilometer berkenaan hampir selesai.

“Kami terpaksa menggunakan tenaga kerja manusia untuk projek pembesaran tersebut berbanding menggunakan jentera berat kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

“Meskipun ia sedikit mengambil masa tapi saya yakin ia akan selesai menjelang musim tengkujuh nanti,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd