• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Tidur Panjang Selama 11 Hari

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun membuatkan pakar perubatan bingung selepas dia tidur selama 11 hari.

Wyatt Shaw yang berasal dari Elizabethtown, Kentucky baru bangun daripada tidur yang panjang itu dan dia menghadapi kesukaran bercakap dan bergerak.

Ibunya Shaw, Amy Thompson berkata, anaknya tidur seperti biasa selepas menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya baru-baru ini.

Katanya, pada waktu pagi, dia mengejutkan Shaw tidak bangun dan hanya membuka sedikit mata sebelum tidur semula.

“Saya memegang badannya dan memanggil namanya beberapa kali dan dia tidur semula. Ia sangat menakutkan,” katanya.

Kerana bimbang sesuatu yang buruk, Amy membawa anaknya berjumpa doktor sebelum budak itu dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak Norton di Louisville di mana dia tidur selama 10 hari.

Selepas membuat beberapa ujian doktor mendapati Shaw bebas daripada sebarang penyakit atau jangkitan kuman atau virus.

“Doktor percaya Shaw mungkin mengalami sedikit gangguan di otaknya yang menyebabkan dia terus tidur,” jelasnya.

Doktor kemudiannya menggunakan ubat baru bagi merawat sawan untuk membangunkan Shaw dan selepas 11 hari kanak-kanak itu akhirnya terjaga.

Shaw pada mulanya tidak boleh bercakap atau bergerak tetapi selepas mendapat rawatan kanak-kanak itu semakin pulih. – Agensi/BH ONLINE

Tags: kanak-kanaktidur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd