• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOJC 2017: Skuad Remaja Negara Terus Kempunan

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Nasib malang terus menimpa skuad remaja kebangsaan apabila tewas 1-2 kepada India pada hari kedua Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2017 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam ini.

Kekalahan tersebut adalah kedua berturut-turut bagi skuad bimbingan Wallace Tan, selepas tumpas 0-1 kepada Great Britain pada perlawanan pertama, semalam.

Pada aksi malam ini, Malaysia terlebih dahulu berada di hadapan menerusi pukulan sudut penalti Firdaus Omar seawal minit ke-3 permainan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, India bangkit melancarkan serangan pada minit ke-7 dan 8, namun percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Muhammad Zaimi Mat Deris.

Usaha keras India akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dilpreet Singh pada minit ke-20.

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling membalas serangan, namun tuah lebih memihak kepada India apabila Dilpreet menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-43, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, pada perlawanan petang tadi, Australia menewaskan Jepun 4-0.

Gol pertama Australia dijaringkan Nathan Ephraums, diikuti jaringan Nathanael Stewart, Liam Flynn dan Andrew Scanlon.

Pendatang baharu, Amerika Syarikat terus menjadi pasukan belasahan apabila tumpas 0-11 kepada Great Britain.

Gol Great Britain dijaringkan Duncan Scott (tiga gol), Cameron Golden (dua gol), Benjamin Francis (dua gol), manakala Callum Mackenzie, James Sutcliffe, Edward Way dan Alexander Blumfield masing-masing satu gol.

Kejohanan berkenaan akan berehat esok dan disambung semula Rabu ini. Malaysia dijadual bertemu Jepun; Great Britain menentang juara bertahan, Australia manakala Amerika Syarikat berdepan India. – BERNAMA

Tags: hokiSOJC 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd