• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Mayat Mangsa Tanah Runtuh Belum Dituntut

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu belum dituntut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. M. Sukumar berkata Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang menerima 11 mayat dalam tempoh tiga hari lepas dan sehingga kini hanya tiga mayat telah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Dua mayat rakyat Indonesia iaitu Erwin Salis dan Hosrin Sharif dituntut keluarga masing-masing semalam manakala mayat rakyat Malaysia, Yuan Kuok Wern dituntut keluarganya hari ini.

“Jabatan Forensik mengendalikan 11 post mortem ke atas mangsa-mangsa tanah runtuh dan setakat 6 petang ini lapan mayat belum dituntut terdiri daripada tiga rakyat Myanmar, empat Bangladesh dan satu Pakistan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata tempoh dua minggu akan diberi kepada anggota keluarga untuk menuntut mayat sebelum pihak hospital membuat iklan mencari waris.

Sementara itu difahamkan mayat Yuan akan akan ditempatkan di rumah keluarganya di Bayan Lepas selama lima hari untuk ahli keluarga memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Jumaat.

Mayatnya adalah yang terakhir ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 11.18 pagi tadi.

Sejumlah 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan; empat Bangladesh; dua Indonesia; tiga Myanmar dan seorang Pakistan maut apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh. Ketika kejadian pada pukul 8.57 pagi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr M. Sukumartanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd