• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah UKM Dinobat Felo Kolej Pakar Bedah AS

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN DIEGO – Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid dinobat sebagai Felo Kolej Pakar Bedah Amerika Syarikat (ACS) pada Kongres Klinikal Tahunan 2017 kolej tersebut di sini semalam.

UKM dalam satu kenyataan media berkata, ACS merupakan sebuah organisasi pakar bedah terbesar dan memiliki keahlian lebih 80,000 di seluruh dunia.

“Felo ACS dianugerahkan kepada pakar-pakar bedah di mana pendidikan dan latihan, kelayakan profesional, kecekapan pembedahan dan tingkah laku yang beretika telah berjaya melepasi penilaian dan dilihat konsisten dengan piawaian tinggi yang telah dibangunkan dan dituntut oleh kolej tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Hanafiah mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan beliau merupakan lulusan Universiti St. Andrews United Kingdom dan pernah dianugerahkan Pingat Emas Margaret-Pickerring.

Beliau seterusnya mendapat ijazah kedoktoran dengan kehormatan berganda dari Universiti Edinburgh. Beliau kini Ketua Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) iaitu pusat latihan terkini untuk pakar bedah.

Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan Pingat Pembedahan Antarabangsa dari Royal College of Surgeons di Edinburgh atas kerja dan perkhidmatan beliau di dalam bidang pembedahan dan telah dilantik sebagai Penasihat Pembedahan Antarabangsa Royal College of Surgeons di Edinburgh. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Pensyarah UKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UKM Arah Abdul Muein Tidak Menulis Isu Politik Sensitif

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengarahkan Pensyarah Sains Politik, Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis sebarang isu...

Pensyarah Diugut Selepas Artikelnya Dikritik Kadir Jasin

05/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi mendakwa telah diugut pihak tertentu selepas Penasihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd