• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Campur Tangan Negeri Tingkat Bahasa Inggeris

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Terdapat keperluan campur tangan negeri untuk meningkatkan taraf bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Walaupun banyak inisiatif daripada Kementerian Pendidikan untuk usaha itu, katanya, kesepakatan umum oleh orang ramai, khususnya majikan dilihat semakin menurun.

Beliau berkata satu daripada kekangan yang dihadapi oleh Jabatan Pendidikan Sarawak ialah bajet yang diperuntukkan sering tidak mencukupi kerana pengagihan geografi sekolah yang luas dan lokasi terpencil di banyak sekolah di negeri ini.

“Kerajaan negeri boleh campur tangan dan menyokong Jabatan Pendidikan dalam bidang kritikal seperti latihan kepada guru bukan sahaja untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa tetapi juga menjadi lebih kreatif dan inovatif, menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti perdebatan, drama, pertandingan cara pengucapan dan menulis esei,” katanya.

Abang Johari berkata demikian semasa merasmikan Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak ‘Connecting the Dots: Curriculum, Classroom and Community’ (SELES) 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong serta Menteri Mudanya Dr Annuar Rapa’ee.

Abang Johari berkata SELES 2017 adalah contoh yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dalam membantu Jabatan Pendidikan Sarawak.

“Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (Manyin), hasil daripada simposium ini akan membantu kami merangka program dan inisiatif.

“Saya juga berharap perbincangan dalam simposium ini akan membangkitkan minat, inspirasi dan memperkasa peserta untuk menjadi lebih meminati peranan mereka dan membawa peningkatan yang signifikan dalam kemahiran pelajar berbahasa Inggeris,” katanya.

SELES 2017 adalah sebahagian daripada komitmen Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri untuk membangun dan meningkatkan pendidikan bahasa Inggeris di negeri ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd