• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan KUIPs Harus Berani Ceburi Keusahawanan

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Graduan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) harus berani menceburi bidang keusahawanan setelah dilatih dengan ilmu berkenaan yang merupakan satu daripada ‘7 Tiang Teras’ KUIPs, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda menerusi ilmu keusahawanan, pelajar diberi pendedahan untuk memulakan perniagaan dengan bimbingan pakar selain terlibat dalam program inkubator yang disokong oleh panel industri mengenai dunia perniagaan sebenar.

“Beta yakin jaringan kuat antara KUIPs dan para pihak berkepentingan seperti Persatuan Francais Malaysia, bank dan syarikat korporat membantu menjayakan agenda KUIPs melahirkan graduan berminda usahawan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Canselor KUIPs bertitah demikian ketika menyempurnakan istiadat konvokesyen kolej universiti tersebut yang pertama di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama pada istiadat itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, baginda turut menyeru para pensyarah KUIPs agar meneruskan budaya pengajaran berkualiti tinggi serta menyuburkan budaya inovasi dan kreativiti untuk menjadikan KUIPs sebuah kolej universiti berdaya maju dan relevan dalam arus perkembangan dunia.

Pada istiadat itu, seramai 21 graduan sulung menerima diploma iaitu 11 orang jurusan Perbankan Islam, Pengajian Islam (enam) dan Pengajian Syariah (empat).

Nurin Izzati Abdul Nasir (Diploma Syariah) dan Nur Syamimi Rosli (Diploma Perbankan Islam) menerima Anugerah Rektor manakala Anugerah Imtiyaaz diraih Atikah Mohd Akhir dan Muhammad Zaid Che Aziz, kedua-duanya pelajar Diploma Pengajian Islam. – BERNAMA

Tags: graduanusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja...

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd