• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MySMINK Sasar Buka Stor Konsep Akhir 2017

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Portal kecantikan mySMINK yang memasarkan produk berjenama tempatan, menyasarkan jualan purata mencecah RM2 juta setahun dengan mengembangkan perniagaan, termasuk membuka sebuah stor konsep di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Platform portal mySMINK.com ​​​​yang berusia dua bulan dan mengetengahkan lebih 50 produk jenama kecantikan tempatan setakat ini, diasaskan oleh dua beradik, Diana Nasimuddin, 36, serta Nadia Nasimuddin, 31 tahun.

Menurut Diana, pembukaan stor konsep itu merupakan inisiatif mySMINK bagi memudahkan pengguna mencuba produk berkenaan secara fizikal.

“Buat permulaan, kami merancang untuk membuka stor itu di Lembah Klang. Kami percaya pembukaannya mampu merangsang jualan produk di bawah payung mySMINK bagi membolehkan pengguna mencuba sendiri produk itu.

“Ini juga susulan permintaan daripada beberapa pihak khususnya kalangan jurumekap,” katanya kepada Bernama.

Pasangan adik beradik itu menjadi tetamu undangan program bual bicara santai dan bermaklumat, ‘Nine11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, hari ini.

Mengulas penerimaan terhadap produk itu, Nadia berkata portal kecantikan itu menjual produk pada harga serendah RM13 itu mendapat sambutan menggalakkan dari para pengguna dan vendor kecantikan.

Malah, katanya, mySMINK turut merancang untuk memasarkan produk dari jenama rantau Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Kami sedang mengenal pasti produk-produk berkualiti negara lain di rantau ini dalam usaha menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang rata-ratanya berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya pada mulanya menyasarkan untuk menjual 20-30 jenama dan tidak menyangka ia mencecah 40 jenama sewaktu dilancarkan pada Ogos lepas.

“Selain itu, kami turut menerima pembeli dari Australia dan negara Asia lain,” katanya.

Mengimbau penubuhan mySMINK, Diana berkata idea itu tercetus apabila mendapati tiada platform khusus untuk pengguna membeli produk kecantikan tempatan.

“Ada beberapa produk yang mempunyai bungkusan menarik namun mereka (pengusaha) tiada tempat khusus untuk memasarkan produk berkenaan. Oleh itu, menerusi mySMINK, ia mampu mempromosi dan mendekatkan produk itu dengan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: mySMINK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd