• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faiz Subri, Jafri Sedia Berkelana Ke Pasukan Lain

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi dengan mana-mana pasukan tempatan pada musim depan.

Bagi Mohd Faiz yang merupakan pemenang anugerah Puskas FIFA 2016, fokusnya kini adalah membantu skuad Harimau Kumbang mencatat kemenangan ke atas Selangor pada aksi Liga Super di laman sendiri, 28 Okt ini.

“Saya tidak pasti lagi sama ada akan kekal atau tidak bersama Pulau Pinang kerana kontrak saya akan tamat pada bulan depan namun fokus saya kini adalah membantu pasukan mencatat keputusan positif berdepan Selangor nanti.

“Dalam masa terdekat, saya mungkin ada berjumpa dengan pengurusan berhubung kontrak saya, namun jika ada rezeki yang lebih baik di tempat lain, saya akan pertimbangkan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Berkongsi pandangan sama, Muhammad Jafri juga sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain sekiranya ia dapat membantu mengembangkan kariernya.

“Kontrak saya dengan Pulau Pinang habis pada hujung tahun ini dan saya tak tahu lagi hala tuju pada musim depan.

“Jika ada pasukan berminat mendapatkan khidmat saya, saya mungkin akan pertimbangkan namun saya akan mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga saya terlebih dahulu terutamanya restu ibu bapa saya,” jelas Muhammad Jafri yang merupakan penyerang skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan.

Pulau Pinang sah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan setelah menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super dengan kutipan 12 mata daripada 21 perlawanan. – BERNAMA

Tags: Faiz Subri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Bakal Calon Kapten Skuad Harimau Kumbang?

14/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang dalam menghadapi Liga Perdana bermula awal bulan...

Faiz Subri Terima Pingat Daripada Sultan Kedah

27/02/2017
0

ALOR SETAR - Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd