• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Pelbagaikan Infrastruktur Luar Bandar

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini, diharap akan turut memberi penekanan terhadap usaha mempelbagaikan infrastruktur yang dapat merancakkan lagi ekonomi penduduk kawasan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata kawasan luar bandar lazimnya mempunyai keunikan dan keistimewaan yang berpotensi dibangunkan untuk menjana ekonomi penduduk setempat.

“Kawasan empangan atau tasik sebagai contoh, mampu dijadikan tarikan pelancongan, apatah lagi jika ada tambahan infrastruktur atau prasarana bagi melengkapkan lagi landskap sedia ada.

“Saya yakin perdana menteri sentiasa mendengar pandangan dan membuat pertimbangan sebaiknya, seterusnya mengumumkan bajet yang dapat memanfaatkan penduduk kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) peringkat daerah Sik di perkarangan Kompleks Sukan Daerah Sik, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Tajuddin meminta kerajaan pusat mempertimbangkan pembinaan sebuah lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di negeri ini, bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar di bahagian selatan Kedah.

“Kedah mempunyai dua UTC (Pusat Transformasi Bandar) di Sungai Petani dan Alor Setar, serta satu RTC di Napoh, Jitra.

“Hanya satu RTC akan dibina di setiap negeri, namun kita mohon kepada kerajaan pusat dapat membina satu lagi RTC di negeri ini, di bahagian selatan Kedah,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 21 agensi dan jabatan kerajaan menyertai program Mobile CTC anjuran Kementerian Kewangan dan Pejabat Daerah Sik.

Program kali kedua yang diadakan bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat khususnya penduduk luar bandar melalui kaunter bergerak, turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma, serta 100 cermin mata percuma kepada warga emas. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Infrastruktur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd