• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Jumlah Mangsa Tertimbus 11 Orang

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah sebenar mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini adalah 11 orang, bukan 14 seperti yang dilaporkan semalam, kata Penolong Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ervin Galen Teruki.

Beliau berkata tiga lagi pekerja binaan yang sebelum ini termasuk dalam senarai 14 mangsa itu sebenarnya terselamat dan hanya mengalami kecederaan serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Setakat ini tujuh mayat ditemui di dalam timbusan tanah itu dan operasi mengesan empat lagi mangsa masih diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Enam daripada mayat yang ditemui telah dapat dikeluarkan dan dihantar ke HPP, dikenali sebagai Hussin dan Yunus (Bangladesh); Hosrin dan Erwin (Indonesia); serta Elyas dan Yusof (Myanmar) manakala usaha mengeluarkan satu lagi mayat yang ditemui pada 9.56 pagi tadi sedang dilakukan.

“Proses mengeluarkan mayat mengalami kesukaran ekoran mayat ketujuh ini tertimbus agak dalam, kawasan tanah basah dan berhampiran besi-besi cerucuk yang membahayakan operasi mengeluarkan mayat,” katanya.

Sehubungan itu katanya proses mengeluarkan mayat tersebut terpaksa dilakukan secara manual.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku pada 8.57 pagi semalam ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalankan kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu.

Pasukan mencari dan menyelamat melibatkan 130 orang terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya, Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: HPP; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; dan Rela dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ervin Galen berkata pergerakan tanah yang dikesan masih berlaku di kawasan cerun itu menyukarkan sedikit pihak bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Dianggarkan 1,000 tan tanah perlu dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan setakat ini pasukan mencari dan menyelamat telah menggali sedalam lebih 20 kaki, katanya.

“Pihak pemaju telah menambah sebuah jentolak bersama beberapa buah lori bagi memudahkan urusan mengeluarkan tanah di kawasan runtuhan itu,” katanya.

Pasukan SMART dari Putrajaya turut menggunakan peralatan memotong, alat pengesan yang mengunakan imej 2D (2 dimensi) untuk mengimbas objek di bawah runtuhan.

Beliau berharap operasi mengesan mangsa dapat diselesaikan hari ini. – BERNAMA

Tags: Bombatanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd