• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PGA Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Terbabas

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 9 Gong Badak maut, selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 58 Jalan Kuala Berang – Aring, Hulu Terengganu, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan mangsa, Rahizal Abd Rahim, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis KAWASAKI ZR750-L bersama tiga lagi motosikal dalam perjalanan dari Manir, Kuala Terengganu ke Gua Musang, Kelantan.

Bagaimanapun, seorang rakan mangsa, Muhammad Syafiq Mohd Hasnin, 21, yang turut terjatuh selepas gagal mengawal motosikal sebaik melihat kemalangan menimpa Rahizal hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, motosikal ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan ketika mengambil selekoh sebelum jatuh.

“Mayat mangsa dan rakannya yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd