• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Tentera Kerajaan, 7 Pemberontak Houthi Maut Di Yaman

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANAA – Sekurang-kurangnya tujuh pemberontak Syiah Houthi dan lima tentera kerajaan terbunuh, dalam pertempuran sengit di wilayah di Jawf, timur laut Yaman pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Pertempuran semalaman itu, berlaku di kawasan Hazmat Alhalah, barat daerah Masloub, satu daripada kubu kuat Houthi.

Sementara itu kawasan Hazmat Alhalah ditawan semula tentera kerajaan Yaman bulan lepas sekaligus menyebabkan pertempuran berlarutan apabila pemberontak Houthi berusaha untuk menguasai semula kawasan berkenaan.

Wilayah Jawf, kira-kira 170 kilometer di timur laut bandar Sanaa menyaksikan hampir setiap hari berlakunya pertempuran antara tentera dengan pemberontak, dalam usaha kerajaan merampas semula seluruh wilayah berkenaan sebelum beralih ke Sanaa yang berada di bawah kawalan pemberontak Houthi sejak 2014.

Sepanjang dua tahun setengah pertempuran meletus, lebih 10,000 orang kebanyakannya penduduk awam dengan lebih tiga juta penduduk terpaksa berpindah, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Yaman turut dilanda wabak taun dan berdepan masalah kebuluran. – BERNAMA

Tags: Pemberontak Houthi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misil Menuju Ke Makkah Dipintas

21/05/2019
0

JEDDAH - Pasukan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua misil yang didakwa dilancarkan pemberontak Houthi semalam. Jurucakap...

Rundingan Damai Yemen Di Sweden Bulan Depan

23/11/2018
0

WASHINGTON – Rundingan damai bagi menamatkan perang di Yemen akan diadakan pada awal Disember ini di Sweden antara pemberontak Houthi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd