• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pengetua Tahfiz Minta Penjelasan Agihan Peruntukan

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua belas pengetua sekolah tahfiz di Kelantan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini.

Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya’akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

“Apa yang menghairankan bagaimana sekolah tahfiz yang sudah lama ditubuhkan serta mempunyai ramai pelajar hanya menerima bantuan yang sedikit sedangkan sekolah tahfiz baharu dengan jumlah pelajar sedikit diberikan peruntukan yang lebih.

“Justeru, 12 pengetua ini menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perkara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sinihari ini.

Ya’akob berkata pengagihan peruntukan yang disifatkan tidak adil itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka telah berdaftar dengan MAIK sebelum ini dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata pihaknya tidak tahu apakah asas atau sebab jumlah peruntukan yang diberikan tidak sama dan berharap pihak kerajaan khususnya MAIK dan JAKIM menjelaskannya kepada sekolah tahfiz terlibat.

“Sekolah-sekolah tahfiz erlibat ini adalah antara yang terbesar di negeri ini dan berharap ada jalan penyelesaian secara adil.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang keciciran dalam soal pembahagian ini apatah lagi kebanyakan sekolah tahfiz hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai,” kata Ya’akob. – BERNAMA

Tags: tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd