• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten Everton ‘Bertinju’

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPTEN Everton Ashley Williams bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning ketika insiden menumbuk pemain Olympique Lyonnais.

Pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat, kekecohan berlaku ketika babak kedua perlawanan yang menyakisikan pasukan pelawat mendahului jaringan 1-0.

Williams hilang kawalan dan dilihat menghayunkan tangannya ke muka pemain tengah Lyon, Lucas Tousart.

Malah insiden itu turut melibatkan beberapa penyokong Everton yang telah menampar kepala penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.


Penyokong yang mendukung seorang kanak-kanak dilihat bergaduh dengan penjaga gol Lyon.

Ia berpunca berpunca apabila kesilapan Williams dengan menolak Lopes yang cuba menyelamatkan gawang.

“Itulah yang berlaku dan ia adalah bola sepak. Apa yang berlaku telah berlaku,” ujarnya ringkas kepada BT Sport selepas perlawanan.

Bagaimana pun Lopes memberitahu: “Saya tidak fikir ini adalah sebahagian daripada atmosfera Inggeris dengan memukul pemain lawan, tetapi ia berlaku seperti itu.”

Manakala penyerang Lyon, Bertrand Traore turut dilayangkan kad kuning kerana memcabar penyokong Everton yang menggangu rakan sepasukannya.

Dalam pada itu, Williams yang menjaringkan gol tunggal Everton dijangka berdepan dengan tindakan disiplin daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) sebaik sahaja badan induk bola sepak Eropah itu meneliti rakaman yang berlaku. – mStar Online

Tags: Everton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wayne Rooney Bakal Sertai DC United?

13/05/2018
0

PEMAIN sensasi England, Wayne Rooney pada dasarnya dilaporkan bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai DC United di Amerika Syarikat (AS) pada...

Rooney Dedah Sebab Tolak Gaji Lumayan Di China

25/02/2018
0

PEMAIN sensasi Liga Inggeris, Wayne Rooney memilih tekanan untuk kembali ke kelab Everton berbanding tawaran bayaran gaji yang lumayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd