• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Farhana Dijangka Pulang Ke Malaysia Esok

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Nurul Farhana Ahmad, warga Malaysia yang menghilangkan diri selama lebih setahun dan telah dikesan berada di Medan, Indonesia dijangka pulang ke pangkuan keluarganya di Sekinchan, Selangor.

Operasi membawa pulang Nurul Farhana, 25, dan seorang anaknya berusia setahun lebih telah diusahakan oleh Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dengan kerjasama pihak Konsulat Malaysia di Medan dan pihak berkuasa negara ini.

Budiman berkata, setelah berjaya menghubungi Nurul Farhana beberapa hari lepas, pihaknya kini berusaha membawa pulang beliau ke pangkuan keluarga dan buat sementara ini, Nurul Farhana dan anaknya berada di sebuah tempat yang selamat.

“Buat masa ini kita tidak dapat membuat pendedahan sepenuhnya (mengenai lokasi beliau berada) kerana tidak mahu beliau diganggu oleh mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, keadaan Nurul Farhana dan anaknya dilaporkan selamat dan wanita itu juga tidak sabar untuk pulang bertemu keluarganya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Armizal Fadzli Rajali berkata Konsulat Malaysia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu untuk membawa pulang Nurul Farhana.

“Inisiatif membawa pulang Nurul Farhana ini diusahakan oleh YB Budiman dan kita telah dapat kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa Indonesia di Medan untuk membantu pelbagai urusan,” katanya.

Katanya, proses membawa pulang Nurul Farhana kini di peringkat dokumentasi dan semuanya dijangka selesai esok pagi.

Nurul Farhana dipercayai telah menghilangkan diri bersama seorang lelaki dikenali sebagai Andika pada tahun lepas dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak lelaki.

Berita mengenai kehilangan Nurul Farhana disiarkan oleh media-media Malaysia baru-baru ini apabila ibu kandungnya Normah Yusof, 51, meminta bantuan kerajaan apabila anak perempuan tunggalnya itu telah menghubungi beliau dan meluahkan hasrat mahu pulang.

Nurul Farhana menghubungi ibu kandungnya itu pada minggu lepas dan berita itu kemudiannya mendapat perhatian Budiman yang terus mengambil tindakan untuk mencari dan membawa pulang wanita berkenaan. – BERNAMA

Tags: Budiman Mohd Zohdi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Pergi Pejabat YB, Tapi Selalu Tak Ada, Adu Wanita

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat...

Pesawah Mohon Pemotongan Pemutuan Dikurang

08/05/2018
0

SEKINCHAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd