• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPPPKMM Mahu Bantuan Modal, Perkakas Berniaga

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) berharap agar kerajaan dapat menyediakan satu peruntukan khusus dalam bentuk modal dan alat perkakasan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil termasuk belia.

Timbalan Presidennya Hussein Mohamad berkata ia perlu terutamanya bagi membantu mereka yang baharu menceburi bidang tersebut.

“Kami juga berharap agar peruntukan ini dapat disalurkan secara terus kepada GPPPKMM kerana ia lebih mudah untuk diagihkan kepada penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Muda Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Hussein berkata setakat ini 2.5 juta penjaja dan peniaga kecil telah bernaung di bawah GPPPKMM dengan lebih 60 peratus daripada anggotanya terdiri daripada golongan belia.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan dapat mengkaji kembali syarat-syarat yang dikenakan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk membuat pinjaman ketika ini.

“Memang ada banyak institusi kewangan yang boleh memberikan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Rakyat ketika ini namun syarat yang dikenakan seperti cagaran aset dan penjamin sangat menyukarkan kami untuk membuat pinjaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd