• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Laksana Inisiatif ‘Turun Padang’ Tinjau Permasalahan

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) komited meneruskan inisiatif kerajaan dalam merakyatkan perkhidmatan awam dengan ‘turun padang’ meninjau permasalahan agensi dan jabatan di bawahnya.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM Datuk Samsuni Mohd Nor berkata selain daripada meninjau permasalahan yang dihadapi agensi dan jabatan, inisiatif tersebut merupakan platform mempererat jalinan silaturahim antara pemimpin dalam perkhidmatan awam dan petugas di peringkat akar umbi.

“Lawatan turun padang ini selaras dengan saranan KSN (Ketua Setiausaha Negara), ia satu konsep penting yang kita ambil untuk mengambil berat permasalahan dan kebajikan agensi dan jabatan yang berada di bawah KKMM,” katanya selepas sesi taklimat bersama pemimpin tertinggi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bersempena lawatan beliau dan rombongan KKMM ke Bernama hari ini.

Taklimat turut disertai oleh Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Khairdzir Md Yunus.

Samsuni berkata ini merupakan kali pertama beliau mengadakan lawatan ke Bernama selepas mengganggotai KKMM sejak Jun tahun lalu.

Beliau berkata selain Bernama, beliau dan rombongan daripada kementerian telah mengadakan sesi lawatan ke agensi kementerian yang lain iaitu ke Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta merancang untuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas ini.

Dalam pada itu Samsuni meminta warga Bernama mengekalkan integriti sebagai penyalur berita dan maklumat tepat kepada pelanggan dan orang awam.

“Seperti kita tahu Bernama menjadi rujukan pelbagai pihak untuk mendapatkan berita sahih dan tepat, gunakan peluang kepercayaan ini untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara,” katanya.

Pada lawatan itu, beliau turut menyertai sesi taklimat dan perkongsian pengalaman dengan petugas Bernama.

Rombongan kemudian turut mengadakan lawatan ke Jabatan Pengarang, Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Radio 24. – BERNAMA

Tags: Datuk Samsuni Mohd NorKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd