• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hilang Gigi Demi Negara, Bukan Main Kerana Wang”

oleh
19/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA ― Beginilah harga pengorbanan pemain tonggak utama pasukan hoki negara, Faizal Saari yang terpaksa menerima hakikat pahit apabila kehilangan empat batang gigi depannya.

Demi perjuangan terhadap skuad Malaysian Tigers yang bergaya mengalahkan antara gergasi dunia, Pakistan 3-2 dalam saingan Super 4, Piala Asia 2017 semalam, beliau cedera akibat terkena hentakan siku pemain lawan.

“Empat batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit… kenangan manis. Sedap juga makan (diterjah) siku,” tulis Faizal menerusi akaun Instagram miliknya yang dipetik oleh media tempatan hari ini.

Posting terbaharu pemain berusia 26 tahun itu menerima sambutan luar dugaan netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.

4 batang gone sbb ape sbb kami main bukan utk duit ..sweet memory . Sedap jgk makan siku

A post shared by faizalsaari (@faizalsaari) on Oct 18, 2017 at 6:34am PDT

Pemain negara tersebut malah memuatkan gambarnya yang kelihatan gigi sudah rongak akibat disiku oleh pemain lawan di mulut hingga menyebabkan pendarahan itu menerusi laman media sosial itu malam tadi.

Faizal kemudian terpaksa menerima rawat kecemasan di luar padang selama hampir 10 minit akibat mulut berdarah, sebelum kembali meneruskan baki aksi perlawanan dalam kejohanan berprestij tersebut.

Pemain hoki profesional kelahiran Terengganu itu pernah menuntut di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dan mula mewakili skuad negara sejak berusia 18 tahun lagi.

Malaysian Tigers yang berada di ranking ke-12 dunia, melakar kejayaan dalam pusingan saingan round robin berdepan India yang kini ranking keenam dunia, pada perlawanan berikut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GIGIhoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd