• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Perang Dunia Ke-2 Antara 15,000 Dokumen

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Sebanyak 15,000 dokumen melibatkan catatan bernilai sejarah, termasuk sekeping gambar berusia 72 tahun yang merakam peristiwa serah pedang perang dunia kedua direkodkan Pusat Rekod Arkib Negeri Sabah Bahagian Pedalaman Keningau, sehingga pertengahan bulan ini.

Ketua pusat itu Alexander Malibin berkata gambar itu memperlihatkan pegawai pemerintah Angkatan Tentera Jepun kawasan Tenom-Keningau Mej Jen Akashi menyerahkan sebilah pedang perang kepada Pegawai Pemerintah Briged Infantri ke-24 Brigedier S.H.W.C Potter di Beaufort pada 17 Sept 1945, kira-kira sebulan selepas Maharaja Jepun mengumumkan pengunduran serah kalah secara rasmi.

“Dokumen selebihnya merupakan ‘fail merah’ yang mengandungi dokumen pencerobohan tentera Indonesia semasa konfrontasi,” katanya kepada Bernama di sini.

Kataya sebahagian besar dokumen yang dipindahkan oleh 13 pejabat awam negeri di Keningau, Tambunan, Tenom, Nabawan, Sook, Kemabong dan Pagalungan kepada pejabat arkib, merupakan helaian kertas minit mesyuarat tindakan daerah, polisi jabatan, pelan bangunan, fail peribadi, akta dan enakmen jabatan.

“… dan di sini juga tersimpan maklumat peristiwa bencana taufan greg yang mengorbankan ratusan nyawa manusia pada tahun 1996,” katanya.

Sementara itu, Alexander berkata 80 peratus pejabat di daerah-daerah berkenaan telah mematuhi dan melaksanakan arahan kerajaan negeri untuk mengguna pakai sistem fail seragam untuk fail-fail pentadbiran dan juga fail-fail fungsian.

Menurutnya pihaknya telah menyediakan jadual pengauditan ke atas rekod awam negeri yang terdapat di pejabat kerajaan negeri di kawasan pedalaman bagi memastikan arahan mewujudkan rekod, memelihara, menjaga dan mengurus rekod dengan teratur dan sistematik, dipatuhi.

Beliau mengakui sebelum ini terdapat dokumen bersejarah musnah kerana tidak disimpan dengan baik kerana ketiadaan sistem pengurusan rekod yang dikenali sebagai Sistem Fail Seragam.

Pusat Rekod Arkib Negeri Bahagian Pedalaman Keningau mula beroperasi pada 26 Mei, 2001 yang berfungsi sebagai penyimpanan rekod awam yang tidak aktif tetapi bernilai sejarah dan dibuka kepada individu bagi tujuan rujukan untuk fakta-fakta tertentu.

Sementara itu, Alexander berkata Arkib Keningau telah mengenal pasti beberapa lokasi bersejarah yang boleh dimajukan sebagai produk pelancongan, antaranya Batu Sumpah Peringatan, Tugu Peringatan Perang dikenali sebagai Cho Huan Lai Memorial bagi memperingati Konsul Besar China di Asia Tenggara Cho Huan Lai yang dibunuh tentera Jepun.

Menurutnya lokasi pesawat perang tentera Jepun terhempas di Kampung Pangalat, Tenom juga boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang memiliki nilai sejarah yang tinggi. – BERNAMA

Tags: Alexander Malibin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd