• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki: Malaysia Bangkit Tewaskan Pakistan 3-2

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki peluang cerah untuk mara ke pentas akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 apabila menewaskan Pakistan 3-2 dalam perlawanan peringkat ‘Super Four’, di Dhaka, Bangladesh hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung sengit dan tegang ​​​​​​itu, Pakistan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama perlawanan menerusi Umar Bhutta.

Namun, skuad negara di bawah bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim pada minit ke-10.

Pasukan yang berada di ranking ke-14 dunia itu, sekali lagi berada di hadapan selepas Muhammad Yaqoob menewaskan penjaga gawang negara, S. Kumar pada minit ke-19 sebelum Shahril Saabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25.

Skuad ‘Malaysian Tiger’ yang berada di ranking ke-12 dunia, kemudian dihadiahkan pukulan penalti ekoran tindakan penjaga gol Pakistan, Mazhar Abbas mengasari Haziq Samsul.

Fitri Saari yang kembali ke Dhaka semalam, selepas pulang ke tanah air ekoran anaknya dirawat di Hospital Selayang, mengesahkan kemenangan skuad negara selepas menyempurnakan pukulan itu pada minit ke-34.

Malaysia akan berdepan India yang kini berada di ranking keenam dunia, pada perlawanan esok.

Pada satu lagi perlawanan peringkat ‘Super Four’ hari ini, Korea Selatan mengikat India 1-1. – BERNAMA

Tags: Hoki Piala Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Belasah Oman Pada Aksi Akhir Kumpulan

17/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 dengan membelasah Oman 7-1 pada perlawanan terakhir...

TPM Harap Malaysia Muncul Juara Hoki Piala Asia

15/10/2017
0

DHAKA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pasukan hoki kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Asia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd