• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Berganda Siti Nurhaliza Selepas Hamil

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya rezeki seorang ibu yang sedang hamil.

Itulah yang dirasa kini oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru mengumumkan berita kehamilannya itu pada Jumaat lalu.

Baca: Sah! Datuk Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Sehingga semalam, sudah tiga anugerah yang diterima penyanyi itu selepas berkongsi berita gembira bersama peminat.

Sabtu lalu, sehari selepas berita kandungannya disahkan, lagu duet yang dinyanyikan Siti bersama Faizal Tahir iaitu Dirgahayu telah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Duo Terbaik.

Kemudian, pada malam Anugerah Silet 2017 yang berlangsung pada Isnin lalu di Jakarta, Indonesia, sekali lagi lagu dendangan Siti memenangi hati juri.

Lagu Seluruh Cinta nyanyiannya dengan Cakra Khan diumumkan menjadi juara kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet di Anugerah Silet 2017.

Lagu itu telah berjaya mendapat tempat di hati netizen di sana kerana menjadi lagu tema bagi sinetron popular bertajuk Cahaya Hati.

Alhamdullillah khabar gembira ke dua selepas lagu Dirgahayu di APM , Lagu Seluruh Cinta pula memenangi Anugerah Silet Award di Indonesia … Tahniah semuanya yang sudah berusaha menjadikan lagu ini terbaik… #Repost @alhanzu ・・・ Alhamdulillah malam tadi Dato Siti Nurhaliza dan Cakra Chan memenangi Anugerah Theme Song Sinetron Tersilet menerusi lagu Seluruh Cinta di Silet Award 2017 di Indonesia. Tahniah Dato @ctdk 👍🏻#sitinurhaliza #anugerah #pencapaian

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Oct 16, 2017 at 6:33pm PDT

“Alhamdulillah, saya hanya mampu memanjat kesyukuran di atas kejayaan ini. Saya sebenarnya diundang menghadiri kedua-dua acara itu, namun kerana keadaan saya berbadan dua, ia terpaksa ditolak.

“Malah, saya juga diminta membuat persembahan. Sekalipun saya tidak dapat hadir memberi sokongan, ia tetap bermakna.

“Saya anggap rezeki penuh makna selepas mengumumkan kehamilan,” katanya dipetik BH Online.

Namun, Siti bukan memenangi dua anugerah sahaja.

Semalam, sekali lagi penyanyi lagu Percayalah ini telah mendapat title Female Celebrity Entrepreneur of The Year di SME Entrepreneurship Business Award yang telah diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Siti turut mengucapkan terima kasih buat peminat-peminatnya yang menjadikan dua lagu duet itu mendapat penghargaan di persada muzik Malaysia dan Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Anugerah Planet Muzik 2017Anugerah Silet 2017Datuk Siti NurhalizaSME Entrepreneurship Business Award
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Nurhaliza Mahu Dana Untuk Anak Seni Diwujudkan

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov...

Siti Nurhaliza Guna CCTV Intai ‘Buah Hati’

01/08/2018
0

PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd