• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Beri Perhatian Keperluan Kumpulan M40

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2018 bukan sahaja perlu memberi perhatian terhadap keperluan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) tetapi berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40), kata Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Tan Sri Kenneth Eswaran.

Beliau berkata golongan M40 yang terdiri daripada eksekutif muda dibebani kos hidup yang semakin meningkat tanpa peningkatan pendapatan yang seimbang.

“Ya, penekanan perlu diberikan kepada golongan B40 tetapi M40 yang baharu sahaja memulakan kehidupan telah tidak diberikan bantuan. Dengan peningkatan kos hidup, saya fikir sewajarnya mereka juga perlu dibantu,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Deepavali MAICCI di Pusat Konvensyen HGH di Sentul di sini, hari ini.

M40 merujuk kepada golongan isi rumah berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ialah antara pemimpin yang menghadiri rumah terbuka Deepavali itu.

Kira-kira 5,000 tetamu memeriahkan rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional kaum India serta dihiburkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat itu. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd