• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Kahwin, Izara Tak Takut ‘Saham’ Turun

oleh
18/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KURANG sebulan lagi majlis pernikahan pelakon Izara Aishah dan Adib Khalid, namun pasangan ini masih lagi sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagia nereka.

Baca: Izara Aisyah Nikah Anak Datuk K 17 November Ini

Izara bakal disatukan dengan pilihan hatinya itu yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada 17 November ini.

Persiapan sedang rancak dilakukan oleh pasangan ini yang bakal mengadakan tiga buah majlis bagi meraikan hari bahagia mereka dan untuk memudahkan majlis, pasangan itu telah mengambil perancang perkahwinan supaya segala persiapan dapat disediakan dengan teratur.

“Majlis sebelah saya diuruskan Rizalman manakala sebelah Adib dikendalikan Nas Great Ideas.

“Setakat ini, semua persiapan lancar. Syukur ada yang membantu, kalau buat sendiri, pening jadinya,” katanya dipetik daripada BH Online.

Majlis pernikahan bakal diadakan pada 17 November ini dan diikuti dengan majlis menyambut menantu pihak lelaki akan diadakan dua hari kemudian.

Izara yang kini sudah berusia 25 tahun dikatakan telah bersedia bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu,” kata pelakon kecil molek itu yang kini sudah mengeluarkan produk lisptik di bawah jenamanya sendiri, Madame Izara.

Ketika ditanya mengenai tawaran lakonan selepas berkahwin, pelakon drama Dia itu tidak risau jika ‘saham’nya akan turun selepas ini.

“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta berpasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana.

“Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin.

“Selama ini pun saya bersikap selektif. Prinsip itu kekal tak kiralah sebelum atau selepas berkahwin,” tampah Izara yang berasal dari Johor Bahru itu.

Semoga segala perancangan dan persiapan yang dilakukan akan dipermudahkan. Agak-agak lepas ni siapa pula selebriti yang akan ikut jejak langkah Izara naik pelamin? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Adib KhalidIzara Aishahkahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd