• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Palsu Pasport Turut Palsukan PLKS

oleh AK-47
18/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sindiket membuat pasport palsu yang ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jelutong di sini semalam, turut didapati terlibat membuat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu untuk majikan yang memohon menerusi mereka.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata berdasarkan siasatan, sindiket yang didalangi lelaki warga Bangladesh tersebut menjadi orang tengah kepada majikan untuk memohon PLKS di JIM dan mengenakan caj ribuan ringgit.

“Suspek hanya menghantar beberapa sahaja permohonan pas tersebut kepada kami manakala selebihnya dia akan keluarkan yang palsu bersama pelekat yang hampir menyerupai yang asli.

“Contohnya majikan menghantar 10 dokumen pekerja untuk permohonan PLKS itu namun lelaki berkenaan hanya serahkan dua atau tiga permohonan kepada kami, yang lain dia proses sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustafar ditemui selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah JIM Pulau Pinang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, Ch’ng Soon Heang.

Beliau berkata siasatan juga mendapati majikan tidak mengetahui PLKS yang dikeluarkan sindiket terbabit adalah palsu kerana dokumen berkenaan menyamai yang asli dan hanya boleh dikesan menerusi alat pengimbas JIM.

Sehubungan itu beliau menasihati majikan agar memohon sendiri PLKS untuk pekerja mereka yang kini boleh dilakukan dalam talian.

“Caj bayaran yang dikenakan juga jauh lebih rendah berbanding dikenakan oleh orang tengah atau sindiket. Kenapa perlu bayar lebih sedang mereka (majikan) boleh uruskan sendiri,” katanya.

Dalam operasi di sebuah pangsapuri di Jelutong kira-kira 9.30 malam semalam, JIM menahan enam lelaki Bangladesh berusia 25 hingga 47 tahun yang disyaki terlibat mengeluarkan pasport palsu untuk warga asing.

Pemeriksaan awal mendapati seorang daripada suspek yang berusia 38 tahun adalah dalang sindiket itu yang dipercayai telah aktif untuk satu jangka masa yang lama.

Dalam pemeriksaan di rumah berkenaan, JIM menemui pelbagai dokumen dan 94 pasport Bangladesh pelbagai nama dipercayai palsu serta menyita wang tunai berjumlah RM15,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliSindket Palsu Pasport
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd