• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Amin Bukti Sabah, Sarawak Tak Dipinggirkan

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Dr Amin Senin sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu jelas membuktikan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sepertimana didakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata tuduhan bekas perdana menteri itu kononnya Najib cuba menghakis hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak jelas jauh terpesong daripada fakta sebenar.

“Meskipun pelantikan ketua pengarah pelajaran dibuat berdasarkan merit penjawat awam, namun kita yakin konsep kebersamaan yang diamalkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dilihat sebagai satu daripada faktor pelantikan ini dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelantikan Amin, 57, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) berkuat kuasa Khamis ini, adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Amin yang berasal dari Sabah dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun, juga pernah menjawat beberapa jawatan antaranya Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru.

Zulkarnain menarik perhatian bahawa pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, tidak ada satu pun penjawat awam yang berasal dari Sabah dan Sarawak pernah dilantik menduduki jawatan tertinggi dalam hirarki Pentadbiran Persekutuan, apatah lagi Menteri Kanan Kabinet Persekutuan.

Justeru, beliau percaya konsep kebersamaan dan kesamarataan yang diamalkan di bawah pimpinan Najib lambat laun akan dapat difahami seluruh rakyat Sabah dan Sarawak, malah slogan yang dilaungkan sesetengah mereka iaitu ‘Sabah untuk Sabah’ dan ‘Sarawak untuk Sarawak’ juga mampu terhakis sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Zulkarnain Mahdar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaum Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pemuda Warisan

21/11/2017
0

KOTA KINABALU - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda Parti Warisan...

Mahathir Kerap Maki Hamun Sejak Sertai Pembangkang?

26/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd