• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Bina Pondok Polis Marin Serah Ke Bukit Aman

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Satu kertas kerja berhubung penubuhan pondok polis marin di Empangan Bakun telah dihantar ke Bukit Aman, kata Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman.

Beliau berkata sebaik sahaja cadangan tersebut diluluskan, pihaknya akan menempatkan anggota dan kelengkapan di empangan tersebut yang merupakan aset penting negeri ini.

“Keselamatan di empangan itu kini dikawal polis bantuan yang diambil berkhidmat oleh Sarawak Energy Berhad (SEB). Justeru, ketika ini terdapat keperluan untuk mempunyai anggota dan pondok polis marin tetap di situ (Empangan Bakun),” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Polis Marin di Jalan Lanang, di sini hari ini.

Kelengkapan serta aset yang akan ditempatkan di empangan berkenaan termasuk pelbagai bot seperti ‘Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB)’ dan hoverkraf.

Penubuhan pondok polis marin tersebut di Bakun adalah sebahagian daripada 10 tahun perancangan pasukan keselamatan itu sejak 2011 bagi memastikan aspek keselamatan di tahap tertinggi serta untuk menguruskan peningkatan penduduk dan pelancong di kawasan itu.

Salehuddin dalam rangka lawatan di sini, bagi menguji hoverkraf yan baru diperoleh untuk ditempatkan di Markas Taktikal Polis Marin Sibu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian menggunakan hoverkraf untuk operasi tertentu termasuk mencari dan menyelamat.

“(Bagaimanapun), kami juga mengambil kira daya ketahanan, penggunaan bahan api dan aspek navigasi aset berkenaan (hoverkraf) sebelum mengemukakan cadangan kepada Bukit Aman sama ada untuk memperoleh lebih banyak aset ini untuk kegunaan di sungai-sungai di negeri ini dan Bakun,” katanya.

Salehuddin dan beberapa pegawai, kemudian menaiki hoverkraf ke Kapit, sebelum menguji aset tersebut di kawasan jeram di Pelagus, sebelum menuju ke Belaga. – BERNAMA

Tags: ACP Salehuddin Mat Zaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Marin Kendali 492 Kes Babit Pembalakan Haram

08/08/2017
0

KUCHING - Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Sarawak mengendalikan 492 kes berkaitan saman dan tangkapan yang membabitkan kegiatan pembalakan haram di Sarawak antara Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd