• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Unit Kedai 2 Tingkat Musnah Terbakar

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sederet empat unit kedai dua tingkat di Jalan Heng Choon Thian dekat Bagan Luar, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.31 malam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

“Ketika pihak bomba tiba api sedang marak dan sebahagian daripada kedai di situ telah terbakar. Kebakaran membabitkan kedai menjual alat ganti kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada 10.50 malam daripada terus merebak ke kedai lain dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana operasi perniagaan sudah berakhir ketika kejadian berlaku manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Jurucakap itu berkata seramai 27 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Bandar Perda serta Perai dibantu sembilan Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi tersebut.

Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti kenderaan yang mahu dikenali sebagai Leong, 30-an, berkata semasa kejadian premis perniagaan tersebut telah ditutup namun beliau percaya majikannya kerugian ratusan ribu ringgit berikutan kejadian itu.

Katanya majikannya baru sahaja menambah stok alat ganti kenderaan kedainya dan hampir keseluruhan barangan yang terdapat dalam premis itu musnah. – BERNAMA

Tags: Terbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd