• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi 8 Tiang Lampu MBPJ, Buruh Dipenjara 18 Bulan

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang buruh binaan dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri lapan batang besi tiang lampu milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), minggu lepas.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Shawalludin Johari, 46 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Bapa dua anak itu dituduh dengan sengaja mencuri lapan batang besi tiang lampu yang bernilai RM3,000 milik MBPJ di kawasan stor MBPJ City di Sungai Way, di sini, pada 6.15 petang, 11 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Bapa saya sudah meninggal dunia, semenjak itu saya yang menjaga ibu. Saya juga menanggung seorang isteri serta dua anak yang masih bersekolah,” katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu yang bertugas sebagai penjaga stor di tempat kejadian ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dibuat mendapati terdapat lapan batang besi tiang lampu di dalam bungkusan plastik hitam yang dipegang tertuduh. – BERNAMA

Tags: Buruh Binaancuridipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd