• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,125 Perusahaan Malaysia Beroperasi Di 84 Negara

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan sebanyak 2,125 organisasi perniagaan berkaitan Malaysia beroperasi di 84 buah negara pada tahun 2015.

Perusahaan berasaskan perkhidmatan menyumbang 74.2 peratus dan diikuti oleh pembuatan 14.1 peratus serta pertanian 4.8 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia, daripada segi perolehan, “affiliate” menjana RM300.2 bilion terutama disumbangkan oleh syarikat yang berada di Indonesia, Singapura, United Kingdom, Afrika Selatan dan China yang menyumbang 55.5 peratus kepada nilai perolehan.

“Perkhidmatan merupakan sektor dominan dengan 62.2 peratus dan pembuatan 24.1 peratus.

“Bilangan pekerja bergaji oleh “affiliate” Malaysia di luar negeri berjumlah 372,570 orang,” kata jabatan itu dalam satu laporan yang disiarkan kepada umum hari ini.

Kata Jabatan Perangkaan Malaysia, kebanyakkan pekerja itu adalah dalam sektor perkhidmatan dengan 143,544 orang dan pertanian 114,951 orang.

Jelas Jabatan Perangkaan Malaysia, “affiliate” di Indonesia mencatatkan bilangan pekerja tertinggi iaitu 140,913 orang, di mana 67.4 peratus terlibat dalam sektor pertanian.

“Penerbitan ini memaparkan statistik affiliate Malaysia yang beroperasi di luar negeri bagi tahun 2010-2015 dan merupakan laporan pertama diterbitkan kepada umum,” kata jabatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jabatan Perangkaan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘MyPrice Dashboard’ Pantau Harga Barangan Keperluan Terpilih

27/12/2021
0

PUTRAJAYA: Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard. Dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan...

Unjuran KDNK 2021 Akan Diteliti Semula

29/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Unjuran rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus yang disasarkan bagi 2021...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd