• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tegur Sikap Pemandu Buang Sampah Luar Kereta

oleh
17/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK keterlaluan rasanya jika kita katakan bahawa rakyat Malaysia ini sangat sinonim dengan sikap ‘suka buang sampah merata-rata’. Setuju atau tidak?

Terbaharu, satu rakaman video memaparkan keprihatinan seorang lelaki telah tular menerusi media sosial kerana tindakannya yang spontan ketika sedang menunggu lampu isyarat.

Lelaki tersebut yang memakai kopiah telah keluar dari keretanya dan menegur seorang pemandu kereta jenis Nissan yang dengan tanpa segan silu telah buang botol kosong keluar dari keretanya.

Tak kiralah walaupun hanya sekecil sehelai tisu, mahupun sebesar botol kosong, anda tidak sepatutnya membuang sampah di jalan raya!

Sikap rakyat Malaysia yang mengambil mudah mengenai hal ini sangat mendukacitakan.

Tak kisahlah walaupun ada netizen yang mengatakan kononnya video itu telah dirancang, namun apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu perlu dicontohi.

Walaupun anda rasa sampah anda itu hanya sampah kecil, tetapi ada kesannya juga kepada orang lain.

Bayangkan kalau ketika anda sedang buang sampah seperti beg plastik ketika memandu, kebetulan ada satu motosikal yang lalu di sebelah anda.

Malang tidak berbau, kerana plastik sampah anda itu, penunggang motosikal tersebut terlibat dengan kemalangan.

Satu hal pula jadi kes lain yang dah meragut nyawa orang lain.

Tidak hairanlah apabila seorang Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara(IJN), Dr. Beni Isman Rusani secara terbuka telah mempertikaikan sikap segelintir rakyat Malaysia yang gemar buang sampah walaupun tong sampah berada di depan mata mereka.

Baca: Doktor Luah Sikap Pengotor Walaupun Ada Tong Sampah

Apa yang dikatakan oleh Dr. Beni itu telah dipersetujui oleh ramai netizen yang turut memandang serius berkenaan sikap masyarakat yang gemar membuang sampah di merata-rata walaupun tong sampah telah disediakan.

Bila sebenarnya negara kita akan bebas daripada sampah yang bertimbun? Sedangkan masyarakat sendiri telah menanam sikap seperti ‘tak perlu buang sampah dalam tong sampah, nanti ada pekerja yang akan kutip’ ketika berada di taman rekreasi.

Yang makan dengan sampah bersepah tu anda, tapi kenapa pekerja pula yang kena kutip sampah yang anda sendiri lakukan? Sememangnya pekerja itu dibayar untuk mengutip sampah, tapi mereka tidak dibayar untuk mengutip sampah yang sengaja dibuat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Sikap itu telah menunjukkan betapa ceteknya pemikiran sesetengah masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

Apalah agaknya yang difikirkan oleh pelancong luar apabila mereka melihat kawasan rekreasi di negara kita ini penuh dengan sampah yang dibuang merata-rata tempat.

Imej negara kita pasti sudah tercalar dengan sikap masyarakat yang tidak peka dengan isu sampah ini. –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: kebersihanpengotorSampahsikaptong sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penggemar ‘Squishy’ Kurang Kasih Sayang?

Next Post

UUM Tersenarai Universiti Terbaik Rantau Asia

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

Next Post

UUM Tersenarai Universiti Terbaik Rantau Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd