• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Flight, Ayda Jebat Jumpa Peminat Di Hospital

oleh
17/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI selebriti yang dikenali, pastinya setiap tindak tanduk mereka akan diperhatikan oleh media dan orang ramai. Tak kira lah buat perkara negatif ataupun positif.

Jadi, tidak hairanlah kalau penyanyi kecil molek, Ayda Jebat sering mendapat tumpuan daripada orang ramai kerana sikapnya yang prihatin terhadap setiap perminatnya.

Kelmarin Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat telah membatalkan penerbangan balik ke Malaysia demi merealisasikan impian seorang peminat ciliknya yang sedang terlantar sakit.

Ayda dikhabarkan sanggup membatalkan penerbangan yang sepatutnya berlepas pada pukul 3.30 petang ke Kuala Lumpur bagi melawat adik Hanez Nabila.

Pesakit berusia lima tahun itu kini sedang melawan penyakit kegagalan hati dekat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau di Bukit Timah, Singapura.

“Ada saudara Hanez menghubungi saya menerusi Instagram dan memberitahu saya tentang keadaan Hanez. Dia meminati saya semenjak usianya 3 tahun dan tahu semua lagu saya.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus menyatakan persetujuan dan mahu melawat serta melihat sendiri keadaan Hanez di hospital.

Secara kebetulan, sakit dihidapi oleh Hanez serupa watak Laila Safitri, karakter lakonannya dalam filem Pinjamkan Hatiku yang bakal jengah pawagam pada 30 November ini,” kata Ayda di ruangan caption gambarnya bersama adik Hanis.

♥️ Sorry @ajscreamer baby girl ingat nak singgah jumpa semua but i decided to meet this little girl. Im so sorry.. Insyaallah AJS baby girl boleh jumpa lagi lain hari kan? I love you AJS. Doakan adik Hanez Nabila cepat sembuh. Amin.. 🙏🏻♥️ . Sakit adik ni sama macam sakit baby girl dalam filem Pinjamkan Hatiku. Stay strong sayang. 😢 . #Iwishihavemoretime #SorryAJScreamer

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on Oct 15, 2017 at 12:39am PDT

Tambahnya, dia berasa tersentuh dengan kecekalan si kecil itu melawan penyakit walaupun masih pada usia muda.

Walaupun berasa sebak, namun pelakon drama bersiri MAID itu tetap menahan rasa sedih demi untuk menggembirakan peminatnya itu.

Pada Sabtu lepas, Ayda telah menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) yang diadakan di republik tersebut.

Ayda telah membuat persembahan pembukaan dengan menyampaikan lagu popularnya, Nakal Nakal Nakal dan dia juga telah memenangi anugerah bagi kategori Ikon Media Sosial.

Ramai peminat memuji tindakan Ayda yang sanggup membatalkan penerbangannya demi berjumpa dengan si kecil Hanez.

Bagus sebenarnya kalau lebih ramai lagi selebriti berbuat seperti ini, rasa prihatin itu lah sebenarnya yang membuatkan peminat tertarik kepada seseorang selebriti itu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafiah

Tags: akitAyda Jebathospitalpeminats
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd