• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Mahu Lebih Banyak Projek PR1MA

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mahu kerajaan pusat membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri itu, terutamanya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desanya Jagdeep Singh Deo berkata setakat ini pihaknya hanya menerima pengesahan dua projek PR1MA di negeri itu walaupun beberapa pengumuman dibuat sebelum ini.

“Rekod kami menunjukkan hanya dua projek yang diluluskan setakat ini oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan tiada permohonan projek PR1MA di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dua projek terbabit adalah untuk membina masing-masing 1,823 unit PR1MA di Bukit Gelugor dan 1,248 unit di Batu Ferringhi.

Justeru Jagdeep menggesa Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman membuat penjelasan berhubung angka 16,927 unit PR1MA yang diumumkan beliau bulan lepas.

“Zainal umumkan bulan lepas, Pulau Pinang akan terima 16,297 unit PR1MA namun angka yang kami dapat daripada pihak berkuasa tempatan tunjukkan sebaliknya. Mungkin Zainal patut memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu,” katanya.

Beliau juga berkata sejak diperkenalkan pada 2012, Pulau Pinang belum menyaksikan kewujudan sebarang rumah PR1MA di negeri itu.

Sementara itu, Jagdeep berkata kerajaan negeri merancang 17 projek di semua lima daerah yang menawarkan keseluruhan 27,230 unit rumah mampu milik pelbagai jenis.

“Projek rumah mampu milik pertama kami ialah di Bandar Cassia, Batu Kawan yang hampir 100 peratus siap manakala projek-projek lain mencatatkan perkembangan yang signifikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jagdeep Singh DeoPR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd