• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Sayur Antara Terawal Guna Sistem ‘Cashless’

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Penjual sayur Judy Fang mungkin bukan seorang pakar teknologi maklumat, namun dia merupakan salah seorang penjaja yang terawal di negara ini untuk menggunakan sistem tanpa tunai dalam transaksi perniagaannya.

Wanita berusia 55 tahun itu merupakan satu-satunya peniaga dalam 400 peniaga sayur yang lain yang menggunakan konsep e-tunai di pasar segar utama kota Sibu yang mempunyai lebih 1,200 orang peniaga.

Sebelum ini, Judy telah menggunakan sistem konvensional dalam perniagaannya, iaitu dengan menerima wang kertas dan duit syiling daripada pelanggannya.

Namun, segalanya berubah apabila dia mula menghadiri satu forum e-perdagangan oleh sebuah syarikat yang memberi penekanan kepada inovasi perhubungan, penyelidikan dan pembangunan di sebuah hotel tempatan pada 17 September lalu.

“Saya mendapati ianya satu platform yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan. Kini, saya tidak perlu lagi untuk menyediakan banyak wang syiling.

“Kebanyakan orang masa kini mempunyai telefon pintar jadi ianya juga merupakan cara yang lebih bijak bagi mereka untuk melakukan aktiviti pemasaran,” jelas Judy kepada portal Star Online.

Satu lagi kelebihan menggunakan sistem ini adalah masalah tertinggal beg duit bukan lagi menjadi masalah.

Judy kini mempamerkan kod T-pocketnya pada sehelai kertas di gerainya.

“Untuk melakukan pembayaran, apa yang pelanggan perlu lakukan hanyalah mengimbas kod yang tertera dan membuat pemindahan tunai ke dalam akaun T-pocket saya,” tambahnya lagi.

Meskipun majoriti pelanggan Judy masih menggunakan transaksi tunai, namun dia sangat optimistik terhadap masa hadapan dan mahu pihak kerajaan untuk lebih mempromosikan sistem e-perdagangan supaya masyarakat membiasakan diri dengan transaksi dalam talian.

“E-tunai masih baru bagi kebanyakan orang namun saya yakin ianya akan menjadi satu trend yang popular,” kata Judy.

Judy juga berharap agar dengan menjadi peneraju konsep e-tunai, perniagaannya akan bertambah maju dan mampu memberi inspirasi untuk penjaja lain untuk turut sama menggunakan sistem itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: e-perdagangane-tunaisistem kewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Touch ‘n Go Ewallet, Boost, Grabpay Inisiatif E-Tunai Rakyat

20/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini mengumumkan penyedia e-dompet utama negara, Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay,...

Keistimewaan Kewangan Islam Dalam RINGGIT 101

20/10/2016
0

DEBARAN kian dirasa menjelang pembentangan bajet 2017 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 21 Oktober 2016 ini. Pastinya, tema mensejahtera kehidupan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd