• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Qatar Boleh Bangun Kewangan Islam 2.0

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar boleh meneroka kemungkinan menubuhkan inisiatif bersama membangunkan Kewangan Islam 2.0 yang merupakan kesinambungan sistem kewangan Islam semasa.

Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, berkata peningkatan teknologi kewangan dan ekonomi digital menyediakan cabaran baharu dan peluang menarik bagi kewangan Islam yang tidak boleh ditangani menerusi kaedah konvensional.

“Kita memerlukan pendekatan baharu – yang kita panggil Kewangan Islam 2.0 – yang akan membolehkan pembangunan model perniagaan baharu untuk bergerak seiring dengan perkembangan pesat ekonomi baharu ASEAN,” katanya dalam ucapan pembukaan beliau di Forum Ekonomi Malaysia-Qatar, di sini, hari ini.

Beliau berkata ASEAN yang memiliki jumlah penduduk Islam terbesar di dunia dan juga golongan kelas pertengahan Muslim yang semakin berkembang pantas, merupakan pasaran terbaik bagi kewangan Islam dan Malaysia berkedudukan baik menjadi hab inovasi dan pembangunannya.

Rizal Faris Mohideen, yang juga Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga mencadangkan idea mewujudkan dana inovasi rantaian bekalan bagi menyokong usaha sama Malaysia-Qatar dalam membangunkan rantaian bekalan baharu ke ASEAN.

“Dana ini akan membantu syarikat-syarikat membangunkan risikan perniagaan, membentuk rangkaian dan menyediakan modal risiko bagi membolehkan syarikat-syarikat melabur dalam inovasi rantaian bekalan dan perniagaan baharu,” katanya.

Beliau berkata dana itu boleh ditubuhkan dan diuruskan secara bersama oleh Qatar Chamber dan NCCIM.

Selain daripada itu, beliau berkata, ahli perniagaan Qatar boleh menggunakan Malaysia sebagai hab bagi meneroka atau membuka perniagaan mereka di pasaran ASEAN.

“Untuk ini saya cadangkan kita mewujudkan inisiatif Asean Gateway untuk menyediakan platform sokongan di Kuala Lumpur bagi ahli perniagaan Qatar yang mahu memanfaatkan nilai pasaran ASEAN,” katanya.

Tahun lepas, perdagangan Malaysia-Qatar berjumlah US$500 juta (US$1 = RM4.21). – BERNAMA

Tags: Rizal Faris Mohideen Abdul Kader
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd