Khas untuk golongan wanita yang sangat gemarkan selfie.
Nampaknya kemaruk terhadap selfie ini nampaknya sudah sampai ke tahap sehingga wujudnya Selfie Brush.
Ia sebuah berus rambut yang merangkap cangkerang untuk telefon pintar anda.
Menurut pengeluar berus ini, Selfie Brush boleh digunakan untuk merapikan rambut sebelum mengambil gambar selfie.
Ia juga didakwa dapat mengurangkan kerosakan pada telefon pintar anda sekiranya ia jatuh kerana diperbuat dari bahan bergetah.
Buat masa ini Selfie Brush hanya direka untuk digunakan oleh iPhone 5 dan 5S.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan ungu. Anda boleh mendapatkannya di laman sesawangnya dengan harga seunit USD19.99 (RM63.80)
Jadi apakah yang berlaku seterusnya? Besi mengunci stereng selfie yang boleh digunakan untuk mengambil selfie semasa menjadi pembuli jalanan?
Sumber: engadget
Oleh: hzqahmd

