• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Peratus Pusat Tahfiz Di Malaysia Tak Selamat

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara sejak bulan lalu didapati dalam keadaan tidak selamat.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kesemua pusat itu perlu mengambil tindakan penambahbaikan termasuk menyediakan alat keselamatan kebakaran sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

“Kesalahan paling banyak dikesan ialah tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaan sebanyak 291 notis telah dikeluarkan sehingga 13 Okt.

“Selain itu antara kesalahan lain yang turut perlu diambil perhatian oleh pihak terbabit ialah menyediakan laluan keluar yang mencukupi dan boleh keluar dengan selamat jika berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pameran Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ruang legar Berjaya Megamall hari ini.

Wan Mohd Nor berkata, selain itu pusat pengurusan tahfiz perlu memberikan penekanan terhadap elemen amaran kebakaran seperti alat pengesan dan penggera kebakaran untuk keselamatan penghuni.

“Pihak bomba sedang mengumpul data berkaitan sebelum hasilnya bakal dibentangkan kepada kerajaan nanti.

“Kita juga memberi tempoh yang bersesuaian kepada mana-mana pusat yang beroperasi dalam keadaan tidak selamat untuk menambah baik aspek keselamatan di bangunan mereka.

“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang dengan peruntukan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut berharap agar semua pusat tahfiz yang beroperasi memberi kerjasama yang baik bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berulang akibat pengabaian terhadap aspek keselamatan di premis masing-masing. – BERNAMA

Tags: pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd