• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mah Lawat Sepilok Fahami Pemuliharaan Orang Utan

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong semalam melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (SORC) yang terkenal di dunia untuk lebih memahami cabaran pemuliharaan spesies hidupan liar seperti gajah pygmy Borneo dan orang utan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri hari ini, lawatan itu bagi membolehkan menteri mendapat pengalaman aktiviti Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) yang dikendalikan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

“Dalam kebanyakan perbincangan beliau (Mah) dengan kementerian berkaitan di Eropah dan tempat lain, topik pemuliharaan orang utan di Malaysia telah disuarakan dan industri minyak kelapa sawit disasarkan sebagai aktiviti yang membawa kepada kepupusan spesies ikonik ini.

“Selepas taklimat oleh pengarah (Jabatan Hidupan Liar Sabah) dan pakar pemuliharaan lain di Jabatan Hidupan Liar Sabah di SORC, Mah menyaksikan pelbagai usaha yang ada bagi memastikan kelangsungan hidup jangka panjang kebanyakan spesies ikonik di Sabah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ketika lawatan berkenaan, Mah juga dimaklumkan bahawa banyak usaha telah dilakukan kerana mendapat pembiayaan menerusi Dana Pemuliharaan Hidupan Liar Minyak Sawit Malaysia (MPOWCF).

Beliau turut diberitahu bahawa populasi orang utan di Sabah kini stabil dan mengekalkan populasi hampir 12,000 ekor, jauh daripada dakwaan yang dinyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) barat bahawa populasi orang utan sepatutnya pupus pada 2015 berikutan penanaman kelapa sawit.

Jumlah orang utan yang dihantar ke SORC untuk pemuliharaan hari ini juga menurun sedikit, kata kenyataan itu.

“Beliau memuji usaha pemuliharaan hidupan liar yang proaktif di Sabah di bawah kepimpinan Menteri (Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Mah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Masidi kerana menyokong kerjasama bermakna menerusi usaha pemuliharaan yang dibiayai industri minyak kelapa sawit oleh MPOC yang membawa kepada penubuhan WRU yang aktif,” kata kenyataan itu.

Mah juga mahu usaha pemuliharaan diteruskan, malah ia bersesuaian untuk industri minyak kelapa sawit bagi menunjukkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lebih besar dengan memberikan sumbangan terhadap pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.

“Secara keseluruhan, Mah berpuas hati dapat melihat usaha pemuliharaan sedia ada antara pihak berkuasa negeri Sabah dan agensinya, menerusi MPOC terutamanya,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Orang Utan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

08/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Orang utan didapati berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran mampan di ladang kelapa sawit, termasuk menjadikan pokok kelapa sawit...

Orang Utan Guna Cadar, Selimut Sebagai Pakaian

04/12/2018
0

DUDLEY, Britain – Sekumpulan orang utan dan cimpanzi di Zoo Dudley dilaporkan sudah pandai menggunakan kain cadar, selimut dan tuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd