• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditahan Seludup Syabu Biru Di Singapura

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA- Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas cuba menyeludup syabu biru dianggarkan bernilai S$20,000 (RM62,530) ke negara itu, pada Jumaat, 13 Oktober lalu.

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menerusi satu kenyataan bersama, pada Ahad, dadah berkenaan dibawa di dalam sebuah kereta bernombor plat Malaysia yang tiba di pusat pemeriksaan tersebut pada jam 8.00 malam.

Kereta itu dipandu oleh seorang wanita berusia 23 tahun.

Semasa pemeriksaan dilakukan, seorang pegawai ICA menjumpai satu paket syabu di dalam ruang pemegang cawan tempat duduk belakang kereta tersebut, lapor akhbar The Straits Times.

Dalam kenyataan rasmi itu lagi, ICA dan CNB berkata sempadan Singapura merupakan pusat kawalan pertama dalam menjaga keselamatan negara tersebut.

“Pasukan agensi dalam negeri republik ini akan terus-menerus menjalankan pemeriksaan terhadap penumpang dan kenderaan mereka di pusat-pusat pemeriksaannya bagi menghalang aktiviti penyeludupan manusia, dadah, senjata, bahan letupan dan lain-lain bahan terlarang,” tambah ICA dan CNB dalam kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahSeludup DadahSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd