• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak Hamil, Datuk K Akui Siti Semakin Manja

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA seluruh nusantara meraikan berita kehamilan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza selepas 11 tahun berumah tangga, fokus ditumpukan kepada suaminya pula kali ini.

Akui Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, isterinya semakin manja dan gemar ‘berkepit’ sepanjang empat bulan pertama mengandung, namun katanya, sikap manja Siti itu tidaklah menjadi satu beban untuknya.

Kongsi Khalid lagi, isterinya akan sering menanyakan di mana dirinya jika beliau pulang lewat sedikit daripada pejabat dan sentiasa inginkan lelaki itu dekat dengan dirinya.

“Siti memang manja, malah itu sifat semula jadinya. Cuma, sejak hamil, saya perlu memberikannya lebih perhatian kerana Siti sukar berenggang dan tidak mahu kami berjauhan terlalu lama.

“Jika keluar bekerja, pada jam 4 petang, Siti pasti akan menghantar pesanan bertanya saya di mana. Bagi saya, itu perkara biasa terutama bagi seseorang yang sedang melalui fasa baharu dalam diri.

“Ketika saya ke London, baru-baru ini untuk menguruskan kemasukan anak bongsu di universiti, Siti agak gelisah.

“Begitu juga apabila saya terpaksa meninggalkannya untuk menunaikan haji. Sejak awal lagi, Siti sudah berpesan jangan pergi terlalu lama kerana dia perlukan teman. Biarpun sedikit manja, Siti tidak banyak kerenah,” katanya kepada BH Online.

Kata Khalid lagi, Siti kebelakangan ini cepat lapar dan sentiasa menyuarakan keinginannya untuk menjamah sesuatu masakan.

“Tetapi apabila hidangan sudah di depan mata, dia hanya menjamah sedikit. Ada ketika, dia langsung tidak menyentuh hidangan sedangkan sebelum itu, dia beriya-iya mahu menikmatinya. Sesekali, dia akan meminta ibu saya menyediakan sajian yang diinginkan.

“Pantang jika ada yang menyebut sesuatu hidangan di hadapannya, dia mesti meminta dicarikan. Mungkin dia mengidam dan sebagai suami, saya cuba penuhi permintaannya. Sebelum hamil, Siti gemar makan pedas tetapi sekarang tidak pula,” katanya.

Diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006, Khalid berkata, mereka sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat sejak tahun kedua perkahwinan, namun rezeki hanya menyebelahi mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

“Ada yang bercakap kami banyak duit, kenapa tidak berusaha? Pelbagai usaha kami lakukan selepas perkahwinan memasuki tahun kedua, cuma tidak diberitahu kepada umum.

“Selepas dikurniakan empat anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, saya berharap sangat kami dikurniakan cahaya mata perempuan. Saya hanya mampu berdoa dan berharap impian ini akan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan bahagia ini! – MYNEWSHUB.CC

Photo & Video: @rasafilm.co Busana: @ezuwanismail Set/Prop: @LenteraCreativeHome @ctdk #kesyukurandandoaselamatdct

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on Oct 14, 2017 at 4:10am PDT

Tags: Datuk Siti Nurhalizakehamilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Terkejut Nurul Ashikin Hamil Anak Kembar

30/10/2019
0

BACHOK - Keluarga kepada anggota polis yang maut bersama isteri dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur hari ini...

Kehamilan Remaja: Siapa Yang Perlu Dipersalahkan?

03/01/2019
0

Oleh Salbiah Said Rencana ini adalah bahagian pertama daripada dua bahagian mengenai kehamilan luar nikah yang melibatkan gadis belasan tahun. ...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd