• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

69% Kawasan Kota Belud Terima Bekalan Air Terawat

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Hampir 69 peratus kawasan di Kota Belud kini telah menerima liputan perkhidmatan bekalan air terawat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata liputan bekalan air di daerah itu sekarang adalah jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu.

“Kerajaan telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk program menambahbaik perkhidmatan bekalan air di Kota Belud termasuk membina loji air baharu dan menyediakan pam bawah tanah bagi memastikan tekanan air lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja mendalamkan Sungai Tempasuk, dekat Kampung Bobot, dalam sesi lawatan kerjanya di sini hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk serta Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Mengenai kerja-kerja mendalamkan sungai, Abdul Rahman berkata ia merupakan sebahagian usaha untuk memastikan aliran sungai lancar sekali gus mengurangkan risiko banjir di daerah itu.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukan kira-kira RM80 juta untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Kadamaian dan Sungai Gurung-Gurung.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata kerajaan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan di daerah itu turut mengambil beberapa langkah termasuk membina benteng banjir dan aliran keluar air bagi mengatasi masalah banjir.

Menurutnya, kekerapan masalah banjir di Kota Belud berlaku selepas tragedi gempa bumi melanda Ranau pada 2015 lalu berikutan ratusan ribu tan pasir, batu dan sebagainya mengalir ke hilir sehingga menyebabkan sungai di daerah itu menjadi cetek selain aliran sungai tidak lancar.

Dalam sesi lawatan kerja itu, Abdul Rahman turut melawat tapak pembinaan Politeknik Kota Belud; tapak sementara tamu mingguan dan tapak Projek Perumahan Rakyat di Kampung Pirasan. – BERNAMA

Tags: Abdul Rahman Dahlanbekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd