• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Maut, Pesawat Ringan Terhempas

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seorang juruterbang maut manakala pembantunya cedera apabila pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang mereka naiki terhempas di kawasan Sungai Mati, Muar, Johor pagi tadi.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamaruzaman Mohd Din berkata pesawat satu enjin itu berlepas daripada Aerodrome Sungai Rambai di sini yang terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Beliau berkata mayat juruterbang Yee Yoon Fah, 54, dihantar ke Hospital Tangkak manakala pembantunya, Mohd. Shahrul Shafiri, 35, yang cedera di muka dan badan dihantar ke Hospital Muar.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.53 pagi daripada orang kampung dan sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Pesawat itu didapati dalam keadaan terbalik di dalam sungai.

“Mangsa yang cedera ditemui berada di tebing sungai dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluar mangsa yang meninggal dunia, dari badan pesawat,” kata Kamaruzaman.

Sementara itu Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata beliau difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika pesawat sedang melakukan ujian untuk mendapatkan permit penerbangan Jabatan Penerbangan Awam.

“Operasi pusat tersebut (Aerodrome Sungai Rambai) dihentikan segera sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai. – BERNAMA

Tags: JuruterbangNahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd